Tentang MaxSecureHome
MaxSecureHome menyediakan servis pemasangan CCTV untuk rumah, kedai, pejabat, sekolah, warehouse dan premis perniagaan sekitar Shah Alam, Klang, Bangi, Kota Kemuning, Subang Jaya dan Lembah Klang.
Kami Pakar CCTV Anda
Kami bantu dari pemilihan pakej, cadangan lokasi kamera, wiring, setup aplikasi sehingga sistem boleh digunakan dengan mudah.
MaxSecureHome ialah penyedia servis pemasangan CCTV yang membantu pelanggan memilih sistem keselamatan mengikut bajet, jenis premis dan keperluan sebenar.
Kami bukan sekadar memasang kamera. Kami bantu pelanggan faham jenis sistem yang sesuai sama ada CCTV analog, IP camera, wireless CCTV, CCTV 4G atau solar camera.
Fokus kami adalah pemasangan yang kemas, sistem yang mudah digunakan dan sokongan selepas pemasangan supaya pelanggan lebih yakin menjaga keselamatan premis mereka.
Servis CCTV Yang Kemas, Jelas & Mudah Digunakan
Kami utamakan cadangan sistem yang sesuai, pemasangan yang teratur dan pengalaman pelanggan yang mudah dari awal hingga selepas siap.
Pemasangan Kemas
Susunan kamera dan wiring dibuat dengan teliti supaya nampak lebih profesional.
Cadangan Lokasi Kamera
Kami bantu cadangkan angle kamera mengikut layout rumah, kedai atau office.
View Dari Telefon
Sistem disetkan supaya pelanggan boleh tengok live view dan playback dari smartphone.
Sokongan Selepas Pasang
Kami bantu pelanggan untuk panduan penggunaan, setting app dan semakan sistem.
Jenis Servis Yang MaxSecureHome Sediakan
Sesuai untuk pelanggan rumah, kedai, office, sekolah, warehouse dan premis komersial.
Proses Mudah Untuk Pasang CCTV
Dari pertanyaan awal sampai sistem siap digunakan, kami cuba mudahkan proses untuk pelanggan.
Kongsi Lokasi
Beritahu jenis premis, kawasan dan jumlah kamera yang diperlukan.
Cadangan Pakej
Kami cadangkan sistem CCTV yang sesuai mengikut bajet dan keperluan.
Pemasangan
Team akan buat pemasangan, wiring, konfigurasi DVR/NVR dan setup app.
Serah & Guide
Kami tunjuk cara tengok live view, playback dan penggunaan asas sistem.
Pemasangan CCTV Sekitar Lembah Klang
MaxSecureHome menyediakan servis pemasangan CCTV sekitar Shah Alam, Klang, Bangi, Subang Jaya, Kota Kemuning, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Soalan Biasa Tentang Servis MaxSecureHome
Adakah MaxSecureHome buat pemasangan CCTV untuk rumah?
Ya. Kami menyediakan pemasangan CCTV untuk rumah teres, apartment, semi-D, banglo dan premis kediaman lain.
Boleh tengok CCTV dari telefon?
Boleh. Kami akan bantu setup aplikasi telefon supaya pelanggan boleh tengok live view dan playback melalui smartphone.
Adakah MaxSecureHome buat CCTV untuk kedai dan office?
Ya. Kami menyediakan sistem CCTV untuk kedai, office, restoran, sekolah, warehouse dan premis perniagaan.
Kalau kawasan tiada WiFi, ada pilihan CCTV lain?
Ada. Bergantung kepada lokasi, pelanggan boleh pertimbangkan CCTV 4G atau solar camera untuk kawasan yang tiada internet tetap.
Nak Pasang CCTV Tapi Tak Tahu Pilih Sistem Mana?
Hubungi MaxSecureHome sekarang. Kami bantu cadangkan sistem CCTV yang sesuai mengikut lokasi, bajet dan keperluan keselamatan anda.
WhatsApp MaxSecureHome